Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,657

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kepelbagaian bukan penghalang untuk hidup harmoni- Madius

4:43pm 20/02/2016 Leolerry Lajius 26 views Tempatan
Madius (tengah) bersama Datuk Donald Peter Mojuntin (kiri) ketika majlis tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Madius (tengah) bersama Datuk Donald Peter Mojuntin (kiri) ketika majlis tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Kepelbagaian kaum, adat dan kepercayaan tidak menjadi penghalang kepada masyarakat di negeri ini untuk hidup harmoni.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Panglima Madius Tangau, walaupun masyarakat di negeri ini terdiri dari masyarakat yang majmuk namun semangat perpaduan sentiasa utuh dan sambutan perayaan bagi setiap kaum juga sentiasa disambut bersama dengan meriah.

“Kita di negeri Sabah, khususnya di Penampang tinggal dalam kalangan masyarakat yang majmuk namun tetap tidak menjadi masalah untuk kita hidup dalam keadaan yang harmoni dan aman,”katanya ketika berucap sempena Pesta Ang Pau UPKO Penampang di Ruang Kedai Taman Suria Penampang, semalam.

Madius juga menyeru masyarakat agar tidak terpengaruh dengan perbuatan sesetengah individu yang menyebarkan maklumat yang boleh mengancam keharmonian melalui laman sosial.

Majlis tersebut  yang diadakan untuk kali ke lapan pada tahun ini, turut dihiburkan dengan persembahan pementasan dan dimeriahkan dengan kehadiran ratusan pengunjung yang membanjiri ruang kedai tersebut.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Madius (kiri) menerima borang keahlian UPKO yang baru ketika majlis tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Madius (kiri) menerima borang keahlian UPKO yang baru ketika majlis tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan