Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kepala tersangkut pada kepala katil

katil
KEADAAN budak itu sebelum dia diselamatkan anggota bomba.

Hangzhou (China): Anggota bomba dan polis terpaksa dipanggil ke sebuah rumah urut di sini untuk mengeluarkan kepala seorang budak yang tersangkut pada sebuah katil urut.

Menurut laporan portal berita tempatan, budak lelaki itu mengunjungi rumah urut itu bersama ibu bapanya.

Ketika ibu bapanya diurut, kanak-kanak berkenaan bermain di sebuah katil dengan memasukkan kepalanya ke dalam lubang pada kepala katil itu.

Ibu bapanya terpaksa menghentikan urutan apabila anak mereka mula menangis kerana tidak dapat mengeluarkan kepalanya.

Mereka menghubungi polis, tetapi kepala kanak-kanak itu hanya berjaya dikeluarkan dari lubang kepala katil itu dengan bantuan bomba.

Ini bukan kejadian pertama seumpamanya. Pada 2013, seorang kanak-kanak perempuan berdepan situasi sama apabila kepalanya ‘termasuk’ pada sebuah meja urut.

Bomba terpaksa memecahkan meja berkenaan untuk menyelamatkannya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan