Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kepala tersangkut di jeriji besi

KEPALA kanak-kanak perempuan tersangkut di jeriji besi.
KEPALA kanak-kanak perempuan tersangkut di jeriji besi.

Hechi (China): Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun berdepan detik cemas selepas tergantung dengan kepala tersangkut di jeriji besi tingkap di tingkat dua sebuah apartmen di sini.

Dalam kejadian pada Sabtu lalu, kanak-kanak perempuan itu dilapor ditinggalkan seorang diri di rumah kerana ibu bapanya keluar bekerja.

Kanak-kanak itu dipercayai memanjat balkoni rumahnya sebelum terjatuh di atas jeriji besi tingkap yang menyebabkan kepalanya tersangkut.

Beberapa jiran yang mendengar suara kanak-kanak itu menangis terkejut melihat mangsa tergantung dengan kepalanya tersangkut di jeriji besi.

Seorang wanita kemudian memanjat tingkap apartmen berkenaan untuk menyelamatkan mangsa. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan