Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kepala terpacak atas tanah

patah leher

KUALA LTERENGGAU: “Kepala saya terpacak di atas tanah sebaik saya terjatuh,” kata Jasni Jamil, 40, yang patah tulang leher sejurus terjatuh dari pokok rambutan setinggi empat meter Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa yang bekerja sebagai pekerja memprosesan ayam terjatuh berhampiran kediaman abang iparnya di Kampung Padang Midin di sini.

 

 

Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia dan isterinya, Zaleha Hassan, 40, beraya di rumah abang iparnya di Kampung Felda Tersat, Hulu Terengganu, sebelum dipelawa mengambil buah dokong dan rambutan di kebun berhampiran rumah abang iparnya itu.

“Saya memanjat pokok rambutan untuk mengambil buahnya. Namun, saya terpijak dahan reput menyebabkan saya hilang kawalan dan terjatuh.

“Badan saya berpusing manakala kepala saya terjunam tepat ke tanah sebelum terbaring kaku di bawah pokok rambutan ,” katanya.

Menurutnya, rakanya yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian bergegas membawanya ke Hospital Hulu Terengganu sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Sementara itu Zaleha berkata, dia berada di lokasi kejadian panik melihat suami tidak dapat menggerakkan leher selepas terjatuh.

Menurutnya, doktor memberitahu tulang leher suaminya patah, namun bernasib baik kerana ia tidak mencederakan saraf tunjang.

“Doktor bercadang menjalankan pembedahan untuk memasukkan besi pada tulang leher suami saya dalam masa terdekat,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan