Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,646

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kepala putus digigit unta

9:56am 25/05/2016 Pak Roshan 1195 views Global
gambar hiasan

gambar hiasan

New Delhi: Seorang lelaki mati ‘dipenggal’ untanya yang menggigit tengkuknya hingga putus selepas haiwan itu ditambat di kawasan panas terik sepanjang hari.

Lelaki itu leka melayan tetamu di rumahnya di Barmer, Rajasthan, Sabtu lalu sebelum tiba-tiba teringat unta itu ditambat di tengah halaman yang panas terik sepanjang hari itu.

Apabila cuba membuka ikatan pada kaki haiwan itu, unta berkenaan menjadi agresif dan menyerangnya.

Jirannya berkata, unta itu menggigit tengkuk tuannya menyebabkan kepala lelaki itu putus.

“Unta itu menggigit tengkuk dan mengangkatnya sebelum mencampakkannya ke tanah dan mengunyah badannya sehingga kepalanya terputus,” katanya.

Penduduk kampung berkata, 25 orang berusaha keras selama enam jam untuk mengawalnya.

Haiwan itu juga dilaporkan pernah menyerang pemiliknya sebelum ini.

Rajasthan mengalami peningkatan suhu dahsyat di India sehingga 51 celsius dengan 17,000 perkampungan mengalami kekurangan air dan 16 dilaporkan maut.

Pada masa sama, askar yang mengawal sempadan dengan Pakistan juga berdepan masalah unta yang menjadi agresif akibat cuaca panas melampau.

Unta biasanya tidak ganas, malah suka bermanja dengan manusia.

Bagaimanapun, unta jantan mampu menjadi agresif terutama ketika bergaduh sesama mereka. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan