Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kepala dalam pintu

9:24am 24/08/2016 Pak Roshan 424 views Global
KEPALA Zhang tersangkut di dalam pintu.

KEPALA Zhang tersangkut di dalam pintu.

Beijing: Seorang lelaki yang mabuk dikunci di dalam bilik stor oleh isterinya yang marah sebelum kepalanya tersangkut di pintu ketika dia cuba melarikan diri.

Lelaki dikenali sebagai Zhang, 43, dilaporkan bertengkar dengan isterinya kerana tabiatnya yang kaki botol. Kerana marah dengannya, isterinya menolaknya masuk ke dalam bilik stor sebelum mengunci pintu besinya, menyebabkan Zhang terperangkap.

Wanita itu bertindak demikian kerana mahu menghalang suaminya memperoleh arak, seterusnya membolehkan dia sedar daripada tabiat buruknya.

Malangnya, Zhang menjadi lebih marah dan cuba memecahkan pintu.

Kerana mabuk Zhang menyangka dia boleh meloloskan dirinya menerusi lubang kecil pada pintu berkenaan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan