Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kepala dalam paip

10:01am 11/06/2016 Pak Roshan 424 views Global

0b44000503c9f6263d13ca6c4967dfad

Beijing: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun nyaris maut selepas kepalanya tersangkut di dalam sebatang paip ketika bermain di kedai keluarganya.

Kejadian berlaku ketika kanak-kanak itu bermain dengan batang paip berbentuk ‘L’ di kedai milik ibu bapanya di wilayah Zhejiang.

Kanak-kanak itu dipercayai memasukkan kepalanya di dalam batang paip berkenaan, tetapi apabila dia mahu mencabutnya ia sudah tersekat.

Ibu bapa kanak-kanak itu yang terlalu sibuk melayan pelanggan di kedai mereka hanya menemui anaknya sejam selepas itu.

Ketika ditemui, kanak-kanak itu sudah lemah dan hanya menangis teresak-esak. – Agensi/HMetro

paip1.jpg_1465593816

KANAK-KANAK itu didukung bapanya ketika dibawa ke balai bomba bagi mendapatkan bantuan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan