Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Kepala Besi’ tangkap buaya

BUAYA jantan yang dipercayai membaham Herin Lung, minggu lalu berjaya ditangkap. - foto ihsan pembaca SayangSabah
BUAYA jantan yang dipercayai membaham Herin Lung, minggu lalu berjaya ditangkap. – foto ihsan pembaca SayangSabah

Kota Marudu: “Kami belum dimaklumkan polis sama ada buaya yang ditangkap seorang individu itu adalah reptilia sama yang dipercayai membaham ahli keluarga kami.

“Setakat ini, kami belum tahu apa-apa,” kata Josie Pongki, 42, bapa kepada Herin Lung, 28, yang mayatnya ditemui penduduk kampung dalam keadaan kaki dan tangan kanannya putus dipercayai dibaham buaya di Sungai Langkon, minggu lalu.

Difahamkan, seorang individu dikenali sebagai ‘Kepala Besi’ berjaya menangkap buaya berkenaan di sungai selepas memasang umpan ayam.

Josie berkata, ahli keluarganya sudah dimaklumkan polis mengenai penangkapan seekor buaya, namun masih belum mendapat kepastian sama ada ia reptilia sama yang membaham anaknya sebelum ini.

“Kami belum dimaklumkan sama ada badan reptilia itu sudah dipotong atau belum, malah kami sekeluarga juga masih menunggu panggilan daripada polis,” katanya. – myMetro Online

Gambar kanan, Lim menunjukkan kaki milik Herin Lung. -  foto ihsan pembaca SayangSabah
Gambar kanan, Lim menunjukkan kaki milik Herin Lung. – foto ihsan pembaca SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan