Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

kepada Sabah dan Sarawak, jangan hanya tabur janji – Jonathan Yasin

 


KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) — Kerajaan Persekutuan perlu memberi perhatian sewajarnya kepada Sabah dan Sarawak supaya kedua-dua negeri itu dapat ‘duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi’ dengan negeri lain di Semenanjung.Jonathan Yasin (PH-Ranau) berkata beliau tidak mahu rakyat di kedua-dua negeri itu merasakan terpinggir kerana tidak dilayan sebaik mungkin.

Bahkan, katanya, sejak Perjanjian Malaysia termaktub pada 1963, Sabah sebagai contohnya lebih banyak mencatatkan rekod yang tidak sepatutnya.

“Satu masa saya mengkaji saya dapati memang betul rakyat Sabah termiskin nombor satu, penyakit malaria juga tertinggi nombor satu…gaji juga nombor satu paling rendah kalau kerja buruh, komoditi juga nombor satu paling murah.

“Bekalan air bersih paling teruk nombor satu juga, begitu juga bekalan eletrik…kita hadapi semua perkara ini. Tetapi adakah bila kita kaji dasar-dasar kerajaan, ekonomi dan sebagainya kita mengambil kira semua ini ? Bila kita akan selesaikan isu-isu ini ? ” katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Jonathan dalam hujahnya turut menggesa kerajaan pusat untuk mengambil tindakan yang serius dan tidak lagi berdolak dalik, antaranya dalam isu royalti minyak.

“Bila kita minta supaya diberi perkara lebih baik untuk Sabah misalnya dalam isu minyak, ia hanyalah dijanji, dikaji, dijanji dan dikaji sahaja, masa Barisan Nasional kaji masa Pakatan Harapan pula janji.

“Dalam buku (manifesto) kita dijanjikan dalam 100 hari, patut dah ada keputusan tetapi sampai sekarang masih di peringkat kajian,” katanya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan