Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kenyataan Tun Mahathir bangkitkan kemarahan rakyat Sabah

SEPANGGAR: Menteri Pembangunan dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid menempelak tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) yang menyatakan punca Sabah tidak membangun adalah kerana pemimpinnya malas.

Jainab menyatakan, dakwaan Tun M itu adalah sekadar gimik politik dan mencerminkan bahawa mantan perdana menteri itu tidak tahu apa sebenarnya yang kerajaan negeri telah lakukan untuk membangunkan Sabah.

“Menteri-menteri di negeri ini proaktif membuat kerja bagi memajukan industri penbangunan untuk negeri ini.

“Oleh itu kenapa beliau (Mahathir) cakap Sabah tidak membangun, siapa bilang Sabah tidak membangun?, jadi perkataan ‘malas’ itu saya rasa akan membangkitkan lagi kemarahan orang Sabah terhadap beliau.

“Barangkali Tun Mahathir sudah tidak tahu apa yang terjadi di dalam kerajaan negeri Sabah, jadi bagi saya itu hanyalah satu gimik politik untuk menaikkan kemarahan orang Sabah untuk menentang Barisan Nasional (BN) di negeri ini.”

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyampaian Skim Bantuan Khas Yayasan Sabah di Sekolah Kebangsaan (SK) Unggun, Kota Kinabalu, hari ini.

Turut hadir Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Maimunah Suhaibul, Pengurus Kumpulan Yayasan Sabah Hanafiah Diman dan Penolong Pengarah (Rawatan) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sabah Albert Tan.

Jainab yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan (ADUN) Karambunai turut menggesa agar masyarakat di negeri ini tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang dalam menumbangkan kerajaan.

“Pemimpin di negeri ini bekerja kuat untuk rakyat dan kita akui banyak perkara yang akan dilaksanakan untuk kesejahteraan rakyat di negeri ini.

“Pembangkang hanya tahu berjanji bulan dan bintang namun untuk melaksanakn ibarat jauh api dari panggang.

“Oleh itu saya menyeru agar kita semua bekerjasama untuk membangunkan negeri kita dengan mengekalkan kepimpinan sedia ada,”katanya.

Dalam majlis ini, seramai 106 murid SK Unggun menerima bantuan khas peralatan sekolah yang disumbangkan khas oleh Yayasan Sabah bagi membantu murid-murid keciciran dalam kawasan luar bandar.

Terdahulu, Jainab turut memperuntukkan RM3000 bagi pengurusan sekolah bagi menganjurkan program-program yang memanfaatkan murid selain menyumbangkan satu set PA sistem.

Sekolah Kebangasaan (SK) Unggun merupakan salah sebuah sekolah di negeri ini yang menerima bantuan menaik taraf bangunan sekolah Yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dalam Bajet 2018 bernilai RM1 Billion untuk sekolah-sekolah daif di negeri ini./SayangSabah

Jainab (tengah) mengambil gambar bersama barisan tetamu kehormat dan pelajar yang menerima bantuan dalam majlis berkenaan. -Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan