Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kenyataan bunuh dan culik kanak-kanak tidak betul

KOTA KINABALU: Kejadian culik dan bunuh tiga kanak-kanak bangsa Filipin yang di temui di Sapanggar dan Kg Delima Sembulan adalah tidak betul.

Pihak polis menafikan kenyataan di laman sosial oleh pemilik facebook Radzlan Razz dimana kenyataan itu di keluarkan oleh pemilik akaun tersebut pada Nov 3 Nov yang turut menyatakan identiti suspek telah menjadi viral serta mendapat beberapa ‘Like’ dan komen oleh pengguna facebook yang lain.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata, tindakan tegas akan diambil kepada individu atau pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat yang tidak benar dan menasihati orang ramai supaya mendapatkan kesahihan maklumat daripada pihak polis sebelum bertindak menghebahkan atau menyiarkan sesuatu berita di laman sosial.

“ Pihak Polis meminta pemilik Facebook Radzlan Razz untuk hadir di mana-mana Balai Polis berhampiran untuk memberi kenyataan dan orang awam yang mengenali penama juga diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.– Oleh Leolerry Lajius/Sayangsabah

Gambar palsu yang dimuat naik dalam akaun facebook tersebut
Gambar palsu yang dimuat naik dalam akaun facebook tersebut

Komen


Berita Berkaitan