Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kenyataan Biadap Lim Kit Siang Ke Atas PM

Lim Kit Siang
Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang bersikap biadap apabila membuat kenyataan yang seolah-olah memperlekehkan penyakit E-Coli dialami Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu melawat kawasan-kawasan terjejas banjir di pantai timur baru-baru ini.

Beliau yang tidak pernah dilaporkan oleh mana-mana media meredah banjir untuk meninjau nasib para mangsa banjir turut menyindir penyakit dialami Perdana Menteri sebagai bencana banjir bersejarah buat negara.

“Bencana banjir bersejarah yang menjejaskan Perdana Menteri yang kemudiannya mendakwa bahawa beliau juga seorang mangsa banjir sehinggakan terlantar sakit beberapa hari akibat jangkitan E.Coli ketika melawat kawasan-kawasan yang terjejas banjir.

“Sebenarnya Najib adalah mangsa yang sudah jatuh ditimpa tangga kerana beliau terpaksa memendekkan percutiannya ke Hawaii sebelum itu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Media pada 5 Januari lalu melaporkan Najib disahkan dijangkiti E.coli, iaitu sejenis kuman bawaan air yang kerap dikesan terutama ketika musim banjir.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan melalui Twitter memaklumkan, Najib disahkan terkena jangkitan itu semasa melawat negeri-negeri yang dilanda bencana tersebut dan diminta oleh doktor supaya berehat.

Perdana Menteri pada waktu itu bagaimanapun memberitahu, beliau akan tetap memantau situasi banjir dari rumah. – mynewshub

Komen


Berita Berkaitan