Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Keningau tuan rumah pelancaran Pesta Kaamatan peringkat negeri 2018

KOTA KINABALU: Keningau menjadi tuan rumah pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2018 yang akan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Juhar Mahiruddin pada 1 Mei depan.

​​Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, pelancaran tersebut bukan saja memeriahkan sambutan pesta malah dapat mempromosi daerah Keningau sebagai lokasi pelancongan menarik.

“Sektor pelancongan merupakan antara satu program pembangunan negeri yang paling penting dalam menggerakkan ekonomi Sabah.

“Oleh itu, sudah tentu kawasan pedalaman memerlukan satu suntikan dalam usaha untuk meningkatkan sektor pelancongan seterusnya mengerakkan ekonomi rakyat kita di pedalaman.

“​Ini kerana ​kita di pedalaman tidak mahu ketinggalan dengan usaha-usaha ​pembangunan negeri.

“Jadi sesuailah pelancaran kali ini di Keningau bersempena Tahun Melawat Daerah Keningau 2018,” katanya​.

​Pairin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Sabah berkata demikian​ ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tun Juhar di Istana Negeri, pagi tadi.

Beliau mengharapkan dengan penonjolan unsur-unsur seni kebudayaan ​dan aktiviti-aktiviti menarik akan dapat menarik kehadiran lebih ramai pengunjung sama ada dari dalam mahupun dari luar negara pada hari sambutan tersebut.

Hadir sama kunjungan isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni./Penerangan-

Pairin memperkenalkan rombongan ahli jawatankuasa Pesta Kaamatan 2018 kepada Tun Juhar bersama-sama Toh Puan Norlidah (kanan).

Komen


Berita Berkaitan