Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Keningau juara MSS Bahagian Pedalaman kali kelapan

Atlet-atlet yang dipilih mewakili Bahagian Pedalaman bergambar kenangan bersama Jamawi dan pengurus kontinjen. - foto Kalawon Sawing
Atlet-atlet yang dipilih mewakili Bahagian Pedalaman bergambar
kenangan bersama Jamawi dan pengurus kontinjen. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Kontinjen Daerah Keningau mengekalkan kejuaraan lapan tahun berturut-turut dalam kejohanan balapan dan padang Majlis Sukan Sekolah (MSS) Bahagian  Pedalaman  Ke-48 yang berlangsung di Kompleks Sukan Keningau.

Kontinjen Keningau mengutip sebanyak 44 pingat emas, 40 perak dan gangsa 25 dengan jumlah keseluruhan 105 pingat, sekaligus menewaskan kontinjen Tenom dan Tambunan yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Kontinjen Tenom mengutip 20 pingat emas, 16 perak dan 16 gangsa manakala Tambunan pula meraih lapan pingat emas, 12 perak dan 20 gangsa.

Upacara perasmian penutupan dan penyampaian hadiah kejohanan itu disempurnakan oleh Ketua Penerangan Exco Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar yang juga Ketua Pemuda Bahagian UMNO Tenom.

Sebanyak 84 acara dipertandingkan pada kejohanan yang berlangsung dari 3 hingga 5 Mac lalu. Andre Anuar dan Dana aidih, kedua-duanya dari kontinjen Tenom dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kategori 18 tahun ke bawah.

Bagi kategori 15 tahun ke bawah Gabriel George (Kontinjen Keningau) dan Jessie Rabinus (Kontinjen Tenom) diangkat sebagai Olahragawan dan Olahragawati manakala Kategori 12 tahun ke bawah disandang oleh Rezjohny Mariyam (Kontinjen Tenom) dan Hizzilawanty Jamain (Kontinjen Keningau).

Seramai 111 orang atlet  lelaki dan perempuan mewakili kategori 18 tahun ke bawah, 15 tahun dan 12 tahun ke bawah dipilih untuk mewakili Bahagian Pedalaman ke kejohanan peringkat negeri yang akan diadakan di Ranau. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan