Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,690

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Keningau akan dinaiktaraf

9:30pm 31/01/2016 Ann Vivien 2958 views Tempatan,YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan
Pairin bersalaman dengan para peniaga di pasar umum pada lawatan itu.

Pairin bersalaman dengan para peniaga di pasar umum pada lawatan itu.

KENINGAU: Kerajaan Negeri bercadang untuk menaiktaraf pekan Keningau kepada status bandar pada masa akan datang.                                                   

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata,kerajaan tertarik perhatian menaikkan status Majlis Daerah Keningau kepada Majlis Perbandaran memandangkan kepesatan pembangunanya semakin meningkat.

Katanya, kepesatan pembangunan yang ada pada masa kini serta beberapa pasarana pembangunan lain yang sedang dan akan dibina, selain bilangan penduduk setempat semakin ketara.

“Disamping itu para peniaga yang semakin ramai berniaga di pekan ini juga memberi sumbangan kepada cadangan kerajaan untuk menaiktaraf statusnya kepada bandar.

Beliau berkata demikian kepada media selepas membuat lawatan sempena tahun baru cina 2016 di sekitar pekan ini pada Ahad.  Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur berkata, ini ditambahkan lagi dengan  kedudukan daerah Keningau yang terletak ditengah-tengah antara daerah-daerah dikawasan Pedalaman.  -Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan