Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kenderan terbakar

Hotel yang turut terbabit dalam kejadian berkenaan.
Hotel yang turut terbabit dalam kejadian berkenaan.

KOTA BELUD: Dua buah kenderaan hampir musnah kerana terbakar dalam satu kejadian yang berlaku di Hotel Kota Belud, awal pagi tadi.

Kejadian berkenaan melibatkan sebuah kenderaan jenis Isuzu Dmax yang terbakar 80 peratus dan sebuah Proton Saga Iswara yang terbakar 60 peratus.

Menurut pihak bomba, kejadian berkenaan turut menyebabkan hotel berkenaan terbakar 5 peratus kerana terkena bahang api dari kenderaan berkenaan.

Pihak bomba menggunakan opersi pemadaman menggunakan 1 aliran hose reel dan mendapat sumber air dari tangki jentera untuk memadam kebakaran.

Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian berkenaan pada jam 4.31 pagi dan tiba di lokasi kejadian sejauh satu kilometer itu pada jam 4.34 pagi.

Operasi yang diketuai oleh PBKII Jhonny Gastom bersama lapan orang anggota itu tamat pada jam 5.04 pagi.

Tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Kenderaan yang terbabit dalam kejadian berkenaan.
Kenderaan yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Komen


Berita Berkaitan