Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kenderaan terbakar berhampiran Plaza Wawasan

photo_2015-03-02_11-13-09

KOTA KINABALU – Sebuah kenderaan jenis Perodua Kancil musnah terbakar dalam kejadian persimpangan lampu isyarat berhampiran Plaza Wawasan di sini malam tadi.

Sepasukan 10 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) diketuai PBK II Kamarudin Sabanah bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 9.30 malam tadi.

Bagaimanapun, pemandu dan penumpang kenderaan terbabit bernasib baik apabila sempat keluar untuk menyelamatkan diri.

“Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kebakaran itu,” kata jurucakap Bilik Gerakan JBPM ketika dihubungi di sini.

Punca kejadian sedang disiasat, katanya lagi. – Oleh NUZR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan