Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KENDERAAN TERBABAS, TIGA REMAJA CEDERA PARAH

Operasi menyelamat mangsa tersepit di dalam Mitsubishi Triton giat dijalankan oleh anggota Bomba. Gambar SNT/Ehsan Bomba

KENINGAU: Tiga orang remaja lelaki mengalami cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Apin-Apin awal pagi hari ini.

Kemalangan yang berlaku di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Apin-apin itu melibatkan sebuah Mitsubishi Triton terbabas dengan sendiri lalu terbalik.

Pegawai Bomba Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau Jamulis Amputung berkata, ketika kejadian, dua orang mangsa telah tersepit dalam kenderaan berkenaan manakala seorang lagi mangsa tercampak keluar.

Anggota Bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit pada kenderaan berkenaan. -Gambar SNT/Ehsan Bomba

“Dua orang mangsa yang tersepit itu berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan kesemua mangsa yang berumur antara 19 hingga 20 tahun mengalami cedera parah.

“Anggota Pasukan Perkhidmatan Perawatan Kecemasan (EMRS) memberikan rawatan awal kepada mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Keningau menggunakan jentera EMRS dan Ambulan untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyatan hari ini.

Beliau berkata, BBP Keningau menerima panggilan kecemasan tersebut pada jam 5.58 pagi dan menggegaskan lima orang anggota ke tempat kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.56 pagi. –SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan