Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kenderaan terbabas, seorang parah

TAMBUNAN: Seorang lelaki mengalami kecederaan parah selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terbabit dalam satu kejadian kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan jenis Isuzu Dmax di Jalan Kampung Timbou, kelmarin.

Mangsa mengalami kecederaan selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terbabas dengan sendiri menyebabkan mangsa tersepit.

Kejadian tersebut turut menyebabkan dua penumpang yang lain mengalami kecederaan ringan.

Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian berkenaan pada jam 7.52 petang dan tiba di lokasi kejadian sejauh empat kilometer itu pada jam 7.59 petang.

Operasi yang diketuai oleh PB Gray Nikolas bersama enam anggota yang lain tamat pada jam 8.30 petang.

Mangsa telah dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS untuk menerima rawatam lanjut. -Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan