Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kenderaan Pembantu Menteri terbakar dalam nahas jalanraya

HANGUS... Keadaan knderaan milik Edward Yong yang rosak selepas api dipadamkan oleh anggota bomba.
HANGUS… Keadaan kenderaan milik Edward Yong yang rosak selepas terbakar dalam nahas jalanraya.

KOTA KINABALU – Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Edward Yong Oui Fah bernasib baik tidak mengalami kecederaan selepas kenderaan dinaikinya terbakar dalam kemalangan jalanraya di Jalan Tuaran Bypass, di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 9.20 pagi itu, Edward dan pemandunya sempat keluar dari kenderaan Volvo itu sebelum api marak.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan kecuaian pemandu bas yang hendak membuat pusingan U.

“Bas yang dipandu seorang lelaki berumur 53 tahun itu keluar dari arah Puri Warisan dan terus menuju ke lorong keempat untuk buat pusingan U,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, tindakan pemandu itu menyebabkan kenderaan mangsa yang datang dari arah Kota Kinabalu gagal mengelak lalu merempuh belakang bas terbabit sebelum terbakar.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

TERBAKAR... Kenderaan Volvo terbakar selepas merempuh belakang sebuah bas pengangkutan awam.
TERBAKAR… Kenderaan Volvo terbakar selepas merempuh belakang sebuah bas pengangkutan awam.

 

Komen


Berita Berkaitan