Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kenapa Kumpulan Zero Sebak Sewaktu Final MLM 2014?

zero

Kami pasti ramai yang masih bercerita mengenai kemenangan kumpulan Zero dalam program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014, Jumaat lalu.

Salah satu topik yang hangat diperkatakan ialah tangisan sebak tiga beradik itu sewaktu menyanyikan lagu ‘Ayah’ dalam persembahan kedua dengan tema muzikal.

Rupa-rupanya, ada kisah di sebalik airmata kumpulan Zero pada malam itu.

Menerusi perkongsian fakta di akaun Instagram zero_officialfc, Syaiful, Kadir dan Kunal sudah ketiadaan bapa dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dipikul oleh mereka.

Lebih menyedihkan, arwah bapa mereka merupakan insan cacat penglihatan, namun masih mampu membesarkan mereka sewaktu hayatnya.

Dek kerana itulah, kumpulan Zero yang sebelum ini pernah bekerja sebagai buruh dan nelayan dilihat begitu bersungguh-sungguh memberikan persembahan terbaik kerana mahu mengubah nasib keluarga mereka.

Dengan wang kemenangan berjumlah setengah juta ringgit itu, tiga beradik itu berhasrat untuk membawa ibu mereka menunaikan haji di Mekah selain membina rumah baru dan untuk persiapan perkahwinan Syaiful.

Kami yakin, jika arwah bapa mereka masih hidup, pasti dia cukup bangga dengan pencapaian anak-anaknya sehingga ke tahap ini.-mynewshub

Apapun, jom baca 11 fakta penuh mengenai kumpulan Zero ini!

Komen


Berita Berkaitan