Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kenalpasti agensi yang berkaitan sebelum membuat aduan-SSM

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menasihatkan orang ramai mengenalpasti dan menyemak terlebih dahulu pihak kementerian atau agensi kerajaan yang relevan bagi aduan yang ingin mereka ketengahkan untuk mengelakkan kekeliruan.

Tindakan ini juga dapat mempercepatkan sebarang proses tindakan bagi setiap aduan yang dibuat dan sekaligus membantu menyelesaikan masalah si pengadu.

Orang ramai diminta untuk berbuat demikian kerana di SSM terdapat banyak aduan yang diterima tidak mempunyai kaitan langsung dengan bidang kuasa yang ditadbir oleh SSM.

Sepanjang tahun 2016, sebanyak 276 aduan yang dilaporkan kepada SSM adalah isu yang melibatkan bidangkuasa agensi lain seperti isu pekerjaan, pelancongan, gores dan menang, jualan langsung serta penipuan.

Walaupun aduan berkenaan bukan berada di bawah pentadbiran SSM, namun kebanyakannya telah pun dipanjangkan kepada pihak kementerian dan agensi lain berkaitan tindakan selanjutnya.

Selain itu, terdapat juga situasi SSM akan menghubungi pihak pengadu secara bertulis untuk memaklumkan bahawa aduan yang dibuat tidak berkaitan dan meminta mereka berurusan sendiri dengan pihak yang relevan.

Oleh yang demikian, SSM sekali lagi menyeru kepada orang ramai untuk menyemak dan menentukan klasifikasi aduan terlebih dahulu sebelum sesuatu aduan itu dibuat. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui Laman Portal Rasmi SSM di e-Aduan di www.ssm.com.my.

Antara aduan yang relevan dengan pihak SSM adalah berkaitan salahlaku pengarah syarikat, setiausaha syarikat, kesalahan yang melibatkan tadbirurus skim kepentingan berdaftar dan tidak berdaftar, kesalahan tadbirurus korporat dan serahsimpan maklumat palsu serta mengelirukan.-SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan