Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,646

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kenali Pasangan Sebelum Berkahwin

4:51pm 20/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 18 views Tempatan,YB Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid
Datuk Jainab merasmikan Pembukaan "Sabah Wedding Showcase"- Foto daripada Alex Mairin/ Sayangsabah

Datuk Jainab merasmikan Pembukaan “Sabah Wedding Showcase”- Foto daripada Alex Mairin/ Sayangsabah

KOTA KINABALU- Setiap insan inginkan sebuah perkahwinan yang bahagia dan berkekalan. Membina mahligai perkahwinan merupakan suatu perkara yang kita tidak boleh pandang remeh kerana ia disifatkan sebagai satu peristiwa yang berlaku sekali seumur hidup.

Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayid, setiap pasangan yang belum berkahwin hendaklah mengenali hati budi pasangan mereka dengan mendalam sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
“Saya menyeru agar semua pasangan yang bakal berkahwin agar datang ke expo ini kerana expo ini menawarkan aktiviti yang menarik termasuklah mengetahui sama ada pasangan mereka itu sesuai dengan mereka”, kata beliau.
“Sabah Wedding Showcase” yang julung kalinya diadakan selama tiga hari iaitu bermula dari hari ini hingga 22 Novemeber di Pusat Beli Belah Oceanus Waterfront, di sini.
Terdapat 15 booth yang turut menjayakan expo tersebut termasuklah JM just Married, Memories Bridal Gallery, Love and Love Wedding Studio, Kimora Bridal Concept, I’Aish Bridal Boutique, TillJannah Wedding, Damele Spa dan WellnessFrance.
Disamping itu, terdapat beberapa acara yang menarik disediakan dalam expo tersebut seperti Pertandingan solek, cabutan bertuah,dan persembahan dari artis jemputan, Faizul Sany (AF 2013) yang dibawa khusus oleh Erafm
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Eksekutif Pusat Beli Belah Oceanus Waterfront, Johnson Koh dan Pengarah Urusa Ocean 7, Puan Shim Yen Lin.- Oleh Elezebeth Esther/ Sayang Sabah
Datuk Jainab melawat booth pameran di expo tersebut. Foto dari Alex Mairin/ SayangSabah

Datuk Jainab melawat booth pameran di expo tersebut. Foto dari Alex Mairin/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan