Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kenaikan harga tambang bas terkawal

KOTA KINABALU – Tinjauan yang dilakukan oleh Skuad Sukarelawan Pengguna di sekitar Terminal Bas dan Teksi di Jalan Bandaran di sini hari ini, mendapati bahawa memang terdapat segelintir pengusaha pengangkutan awam menaikkan harga tambang  bas atau teksi terutama di musim perayaan.

Pengerusinya, Datuk Amisah Yassin bagaimanapun berkata, kenaikan harga tambang tersebut adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya persaingan kos servis kenderaan termasuk tayar dan minyak pelincir.

“Kenaikan harga tambang berkenaan masih terkawal dan tidak melebihi harga yang ditetapkan oleh pihak berkuasa kerajaan,” katanya kepada media selepas membuat tinjauan di Jalan Bandaran di sini pagi tadi.

Amisah juga berkata bahawa skuad sukarelawan itu akan terus menjalankan aktiviti memantau naik turun harga suatu barangan di pasaran dari masa ke semasa.

“Pelbagai cara boleh digunakan untuk memantau harga termasuk ketika membeli belah barangan keperluan di pasaraya dan sebagainya,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau berkata orang ramai adalah dialu-alukan menganggotai skuad sukarelawan tersebut dengan mendaftar melalui online di laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Sementara itu, Asmat Rahim, 45, seorang pengusaha bas awam berkata biarpun harga bahan api telah turun namun kos alat ganti dan servis kenderaan tetap tidak berubah.

“Ada pengusaha bas atau teksi mengekalkan atau menaikkan sedikit harga tambang kepada orang ramai berikutan kos servis kenderaan masih tinggi yang terpaksa ditanggung oleh syarikat pengangkutan awam,” katanya ketika ditemui di sini.

Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah telah menggariskan panduan harga tambang maksimum bagi pengangkutan awam 22.8 sen setiap kilometer bagi kenderaan berhawa dingin.

Manakala bagi kenderaan tidak berhawa dingin adalah 20.5 sen setiap kilometer.

Peraturan tersebut telah dikuatkuasakan sejak 1 Ogos 2009. – Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

PENGUSAHA BAS... Anggota skuad sukarelawan mendengar luahan daripada pengusaha bas di Jalan Bandaran. - foto Ille Liyana Tugimin / Sayangsabah
PENGUSAHA BAS… Anggota skuad sukarelawan mendengar luahan daripada pengusaha bas di Jalan Bandaran. – foto ILLE LIYANA TUGIMIN / Sayangsabah

 

 

Komen


Berita Berkaitan