Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kenaikan harga barang di Semporna, Tawau

Jainab Ahmad (dua dari kanan, duduk) dan Ketua Wanita UMNO negeri, Datuk Armani Mahiruddin (tengah) mengagihkan sumbangan kepada mangsa banjir di Sindumin. - foto Jimmy Tan
Jainab Ahmad (dua dari kanan, duduk) dan Ketua Wanita UMNO negeri, Datuk Armani Mahiruddin (tengah) mengagihkan sumbangan kepada mangsa banjir di Sindumin. – foto Jimmy Tan

SIPITANG – Banjir yang melanda beberapa daerah di negeri ini dikatakan mengugat hasil tananam pertanian para petani sekaligus mengundang kenaikan harga barang makanan oleh segelintir peniaga di Semporna dan Tawau.

Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri mengesahkan telah mengesan berlaku kenaikan harga barang oleh peniaga di dua daerah itu hasil pemantauan dan maklumat Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Menterinya, Datuk Jainab Ahmad memberitahu, para peniaga terbabit boleh didakwa mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Percatuan 2011 kerana mengenakan caj lebih kepada pengguna sesukahati seterusnya membebankan rakyat.

Sebahagian mangsa banjir di Sindumin yang menerima bantuan kebajikan menerima barangan keperluan harian seperti minyak masak dan beras. - foto Jimmy Tan
Sebahagian mangsa banjir di Sindumin yang menerima bantuan kebajikan menerima barangan keperluan harian seperti minyak masak dan beras. – foto Jimmy Tan

“Memang kita ada mengesan sedikit kenaikan harga barang di Semporna dan Tawau. Walau bagaimanapun, kita akan minta KPDNKK pantau perkara ini. Oleh itu, di peringkat kementerian, kita akan melaksana Ops Harga bagi memantau harga barang di semua premis perniagaan di negeri ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, dalam program lawatan turun padang pasca banjir di Sindumin, Sipitang, beliau bersama rombongan Skuad Sayang Wanita UMNO negeri turut menyerahkan sumbangan kepada mangsa banjir di tapak Tamu Pekan Sindumin.

Petugas KPDNKK mengagihkan barangan kepada mangsa banjir di tapak Tamu Pekan Sindumin.  - foto Jimmy Tan
Petugas KPDNKK mengagihkan barangan kepada mangsa banjir di tapak Tamu Pekan Sindumin. – foto Jimmy Tan

Seramai 137 ketua keluarga membabitkan lebih 1,200 mangsa bencana alam dari 16 kawasan di daerah ini menerima bantuan kebajikan daripada kerajaan bagi meringankan beban mereka yang terjejas ekoran banjir pada minggu lalu.

Kawasan yang terjejas ialah Banting, Petarikan, Siputul, Skim Sindumin, Melamam, Ranau-Ranau, Luagan, Kawang Baru, Kawang Tali Air, Tanjung Nipis, Aru Baru, Pantai, Sindumin, Sri Menanti, Kawang Lama dan Sindumin Baru. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan