Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,781

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kemungkinan Tsunami Di Kudat – Prof Dr Felix Tongkul

10:29am 05/11/2016 Pak Roshan 25832 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Gambar Ini Semasa Tsunami di Negara Jepun

Gambar Ini Semasa Tsunami di Negara Jepun

KOTA KINABALU – Pensyarah Geologi Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Dr Felix Tongkul menjelaskan kenyataan Jabatan Meteorologi berhubung kemungkinan tsunami setinggi 50 meter di kawasan Kudat, adalah berdasarkan simulasi tanah runtuh di luar pantai Brunei.

Bagaimanapun, beliau yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi UMS berkata tsunami itu boleh berlaku sekiranya tanah runtuh itu bergerak serentak pada kadar kelajuan tinggi.

“Memang terdapat bukti tanah runtuh gergasi pernah berlaku di luar pantai bahagian Barat Sabah pada masa dahulu.

“Namun kejadian begini (tanah runtuh bergerak laju) jarang berlaku. Tanah runtuh bawah laut biasanya bergerak secara perlahan dan berperingkat…maka tsunami 50 meter itu adalah hasil simulasi senario paling buruk,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Felix berkata simulasi dihasilkan gempa bumi di sepanjang Manila Trench (bahagian Barat Filipina) menghasilkan tsunami setinggi satu hingga dua meter di kawasan Kudat.

“Oleh kerana gempa bumi besar kerap berlaku di Manila Trench, maka tsunami di masa hadapan besar kemungkinan datang daripada sumber ini (gempa bumi Manila Trench).

“Namun tidak kira daripada mana sumber tsunami itu, penduduk di Kudat perlu berjaga-jaga,” katanya. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan