Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kemudahan milik KBS percuma digunakan pada 8 Oktober

KOTA KINABALU: Semua kemudahan yang dimiliki oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) adalah percuma untuk digunakan sempena program Hari Sukan Negara yang akan diadakan pada 8 Oktober nanti bermula pukul 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Hj. Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, kemudahan yang boleh digunakan secara percuma di seluruh negeri ini sempena program berkenaan adalah sebagai salah satu langkah untuk menggalakkan penglibatan orang ramai dalam bersukan.

Beliau turut menyatakan, jumlah sasaran penyertaan untuk negeri Sabah pada tahun ini adalah seramai 734,000 orang iaitu 20 peratus daripada jumlah penduduk di negeri ini berbanding hanya 10 peratus pada tahun lalu.

“Suka saya maklumkan Negeri Sabah mempunyai 2,985 JKKK/JKDB yang meliputi 60 kawasan Dewan Undangan Negeri.

“Daripada jumlah tersebut peringkat pelaksana di JKKK/JKDB akan melibatkan seramai 358,200 orang pada Hari Sukan Negara 2016,”katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Penyerahan Peruntukan Hari Sukan Negara 2016, di Dewan Masyarakat Manggatal, hari ini.

Sempena majlis berkenaan Menteri Belia dan Sukan Malaysia Khairy Jamaluddin, menyampaikan sumbangan bernilah lebih RM2 juta bagi menjayakan program berkenaan di negeri ini.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Khairy (kanan) menyampaikan Mock Cheque kepada Tawfiq (kiri) sempena majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Khairy (kanan) menyampaikan Mock Cheque kepada Tawfiq (kiri) sempena majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan