Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kemudahan awam dan perkhidmatan warga tua harus dikaji semula

4:13pm 08/09/2016 Leolerry Lajius 18 views Kota Kinabalu,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

KOTA KINABALU: “Kaji semula kemudahan awam dan perkhidmatan warga tua bagi memastikan keperluan mereka sentiasa terjaga.”

Demikian ungkapan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman ketika menyampaikan ucapan sempena  ‘Seminar on Gender and Aging’ anjuran bersama Institut Kajian Pembangunan (IDS) dan Konrad Adenauer Stiftung, di sini, hari ini.

Menurut beliau, kajian semula ini adalah penting kerana terdapat kes warga tua yang terpaksa begantung dengan sahabat dan jiran tetangga disebabkan menghadapi masalah kewangan.

“Walaupun terdapat bantuan daripada kerajaan, tetapi ia tetap tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan mereka.”

“Kajian ini adalah penting seiring dengan peningkatan jumlah warga tua di negara ini bagi membolehkan mereka mendapat pembelaan yang sewajarnya dan juga boleh menggalakkan mereka terus menyumbang kepada masyarakat,”katanya.

Beliau turut menyatakan, satu kajian yang dijalankan mendapati ramai warga tua di negara ini yang menerima wang daripada anak mereka selain pendapatan melalui pelaburan dan juga pencen.

“Sejumlah besar warga tua pula mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM20,000 setahun, malah ada yang di bawah paras kemiskinan dan melalui penganjuran seminar ini saya percaya ia akan menjadi platfrom untuk menjana idea bagi menghadapi cabaran melibatkan warga tua,”katanya.

Teks ucapan Musa dibacakan Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Teo Chee Kang.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan