Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kemucak pertandingan lagu Popular Kadazan pada 28 Mac

KOTA KINABALU – ​Sepuluh peserta akhir akan bertanding merebut Anugerah Juara Carta Lagu Popular Kadazan pada 28 Mac ini di Dewan Hongkod Koisaan, Penampang.

Mereka ialah Andy Adrian J. Ongkino (Nipi Ku), Anna Stanislaus (Hangadku Tomoimo), Peter Dicky Lee (Ina.. Iziau No Hundu Ku), Presley Petrus (Kihoi Sazau Kadazan), Frandius Edward Tendahal (Andadon Zou Diau), Sarah Augustin (Undazai), Petrus B. Pensin @ Anthur (Koginavaan Ku), Queennera Francine Francis K. (Piginavaan Titaak Mantad Savat), Larry Leong (Nung Kopiiso Toh) dan Maria Tatiomiss Guntingan (Doiti Id Pomogunan).

Pertandingan anjuran Sabah V FM, Jabatan Penyiaran Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Daerah Penampang itu akan bermula pada kira-kira pukul 7.30 malam.

Rancangan yang diterbitkan oleh Sabah V FM, Siaran Bahasan Kadazan ini adalah kemuncak kepada Rancangan Carta Mingguan Lagu-lagu Popular Kadazan yang disiarkan setiap hari Sabtu.

Antara matlamat program ini dimajukan adalah untuk memartabatkan lagu-lagu Kadazan ke peringkat lebih tinggi dimana para penggiat seni boleh mensasarkan hasil seni mereka untuk memenangi anugerah-anugerah yang disediakan oleh RTM.

Antara kategori anugerah yang dipertandingkan termasuk Anugerah Lagu Terbaik (Juara, Naib Juara dan Tempat Ketiga), Anugerah Persembahan Terbaik, Anugerah Vokal Terbaik dan Anugerah Penulis Lirik Terbaik. Bagi Anugerah Lagu Popular, pemenang akan ditentukan melalui undian SMS tertinggi yang telah pun bermula pada 16 Februari dan akan tamat pada 28 Mac ini. Orang ramai dijemput hadir dan masuk adalah percuma. – SayangSabah

 

 

Komen


Berita Berkaitan