Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,771

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kempen terbalik

11:16am 19/11/2015 Pak Roshan 4 views Global
POSTER yang mengandungi kesilapan cetakan yang digantung di dalam sebuah kereta api komuter di Jakarta.

POSTER yang mengandungi kesilapan cetakan yang digantung di dalam sebuah kereta api komuter di Jakarta.

Jakarta: Kementerian Kesihatan Indonesia semalam meminta maaf selepas kesilapan cetakan pada poster yang diedarkan mendakwa virus HIV boleh disebarkan melalui gigitan nyamuk, berenang dan bersin.

Media sosial di Indonesia penuh dengan kritikan selepas kempen kesedaran mengenai persepsi palsu HIV oleh kementerian itu berlaku sebaliknya.

Dalam kempen itu, kementerian merancang memasang beratus-ratus poster di kereta api komuter dan stesen yang menyatakan HIV tidak menular melalui gigitan nyamuk, berenang dan bersin, dan juga melalui air liur dan peluh.

Bagaimanapun, syarikat pencetakan dilantik membuat kesilapan dengan tidak mencetak perkataan ‘tidak’ pada poster berkenaan.

Poster itu juga tidak mendapat kelulusan akhir pegawai di kementerian dan terus dipasang di stesen dan di dalam kereta api komuter beberapa hari lalu.

Kesilapan itu disedari selepas dikritik pengguna media sosial dan Kementerian Kesihatan bertindak segera menurunkan poster berkenaan.

Pegawai kanan di Kementerian Kesihatan, Muhammad Subuh meminta maaf dan mengaku ia berpunca daripada kesilapan cetakan.

“Kami meminta maaf kepada semua dan poster itu sudah diturunkan dan bakal diganti dengan mesej yang betul,” katanya.

Menurutnya, syarikat pencetakan gagal menunjukkan versi akhir poster itu kepada pihaknya sebelum ia dicetak dan dipamerkan.

Syarikat pencetakan berkenaan juga meminta maaf atas kontroversi berkenaan.

Walaupun dikritik hebat, namun Muhammad berkata, kesilapan itu secara tidak langsung menyedarkan orang ramai mengenai persepsi palsu HIV.

“Ramai yang sedar kesilapan ini dan itu menunjukkan kejayaan dalam kempen kami mengenal punca sebenar jangkitan HIV,” jelasnya.-AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan