Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kempen pencegahan kebakaran dalam komuniti

11:28am 27/08/2016 Leolerry Lajius 26 views Kota Kinabalu,Tempatan
Zuraidah memberi penerangan tentang program tersebut kepada Hamisa sambil diperhatikan oleh Nordin.

Zuraidah memberi penerangan tentang program tersebut kepada Hamisa sambil diperhatikan oleh Nordin.

KOTA KINABALU: Pendedahan awal berhubung keselamatan kebakaran di kediaman dan premis dalam kalangan masyarakat adalah pen­ting bagi membolehkan tindakan proaktif diambil untuk melindungi nyawa dan harta benda daripada risiko berlaku perkara tidak diingini.

 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Sabah, Nordin Fauzi berkata Kempen keselamatan kebakaran yang dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) negeri Sabah secara berterusan bagi memberi pendidikan kepada umum dalam membentuk sebuah masyarakat yang mengamalkan budaya mencegah kebakaran.

 

Beliau berkata pelbagai inisiatif dan aktiviti pendidikan dilaksanakan JPBM di peringkat balai dan negeri di seluruh negara yang merangkumi semua lapisan masyarakat.

 

“Antara program berkenaan yang bakal akan diadakan di Tawau adalah mengadakan satu Ceramah Keselamatan Kebakaran bersama pemimpin masyarakat dan masyarakat setempat bagi Dun N. 59 Tanjong Batu mengenai penggunaan alat pemadam api, demo alat pemadam api serta Program Teman Pili Bomba.

 

“Selain itu,  Pasukan Bomba Sukarela dan Bomba Komuniti juga akan ditubuhkan di kawasan tersebut dengan kerjasama masyarakat di Dun Tanjong Batu,” ujarnya.

 

Beliau berkata demikian semasa kunjungan hormat kepada Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat di Wisma Bandaraya, kelmarin.

 

Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, Zuraidah Latip, Penolong Pengarah Operasi, Khairul Azuwan Ibrahim, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jemris Olin dan Pegawai Perhubungan Awam, Mohd Affendy Ramin.

 

Sementara itu, Datuk Hamisa Samat yang juga Adun Tanjong Batu mengalu-alukan program yang akan di adakan di Tawau seterusnya dapat memberi manfaat kepada masyarakat di kawasan berkenaan.

 

Menurut beliau, kawasan Dun N. 59 Tanjong Batu telah dilanda musibah kebakaran teruk iaitu di Kampung Pukat Tanjung Batu Laut, kira-kira 20 buah rumah pada 29 Julai dan 50 buah rumah di Kampung Tanjung Batu Laut Tengah, pada 2 Ogos dalam tahun ini.

 

“Saya juga berharap melalui program ini masyarakat setempat dapat diberikan pendedahan serta informasi secara langsung bagaimana cara menyelamatkan diri dan mengawal api daripada merebak.

 

“Kempen Pencegahan Kebakaran Dalam Komuniti mampu memupuk rasa tanggungjawab kepada penduduk taman terhadap kepentingan keselamatan kebakaran terutamanya penduduk di kawasan perumahan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi,”katanya.

Tambah beliau, dengan adanya kempen seumpama itu, ia secara tidak langsung memberi pendedahan dan pengetahuan asas kepada penduduk di kawasan kejiranan itu terhadap kepentingan dan tindakan sebagai first responder./SayangSabah

Kenangan...Hamisa Samat (tiga kanan)  dan Nordin Fauzi (dua kanan) bergambar kenangan selepas kunjungan ke pejabat beliau. Turut serta Zuraidah Latip (tiga dari kiri), Khairul Azuwan Ibrahim (kanan sekali), Jemris Olin (dua kiri) dan Mohd Affendy Ramin (kiri sekali).

Kenangan…Hamisa Samat (tiga kanan) dan Nordin Fauzi (dua kanan) bergambar kenangan selepas kunjungan ke pejabat beliau. Turut serta Zuraidah Latip (tiga dari kiri), Khairul Azuwan Ibrahim (kanan), Jemris Olin (dua kiri) dan Mohd Affendy Ramin (kiri).

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan