Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kempen pencegahan dadah di IPT dipergiat

Prof. Dr. Morni menyampaikan cenderamata kepada wakil Pengerusi PEMADAM Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai, iaitu Ajak  Awang (kiri).
Prof. Dr. Morni menyampaikan cenderamata kepada wakil Pengerusi PEMADAM Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai, iaitu Ajak Awang (kiri).

KOTA KINABALU – Penyalahgunaan dadah sentiasa menjadi ancaman nombor satu negara, termasuk dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) meskipun pelbagai usaha telah diambil untuk membendung gejala tersebut.

Sehubungan itu, bagi memastikan keberkesanan kempen pencegahan dadah di IPT, Kolej SIDMA bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menganjurkan Program Cekal – IPT Bebas Dadah bertempat di Centre Atrium Kolej SIDMA, semalam.

Seramai 144 pelajar baharu semester Februari menghadiri program tersebut yang dirangka khas sebagai salah satu daripada pengisian program orientasi pelajar.

Pengerusinya, Prof. Dr. Morni Kambrie berkata, ia merupakan program menyeluruh melibatkan pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Polis Diraja Malaysia (Ibu Pejabat Polis, Bahagian Operasi dan Narkotiks), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKR) Sabah, dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Selain ceramah, kiosk maklumat juga dibuka bagi membolehkan pelajar mendapatkan risalah serta maklumat tambahan daripada agensi-agensi berkenaan.

Selain itu terdapat juga perkihdmatan percuma untuk ujian tekanan darah, pemeriksaan kesihatan, dan penukaran topi keledar lama oleh pengguna motosikal untuk topi keledar yang baru oleh pihak JKJR Sabah. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan