Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kempen Op Selamat dilancarkan

KESELAMATAN.. Chandra membantu memakaikan topi keledar kepada salah seorang penunggang motorsikal semasa kempen tersebut.
KESELAMATAN.. Chandra membantu memakaikan topi keledar kepada salah seorang penunggang motorsikal semasa kempen tersebut.

KOTA KINABALU – Ibupejabat Polis Daerah Kota Kinabalu dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) hari ini melancarkan Kempen Op Selamat sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut bermula esok.

“Kempen tersebut bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna mengenai keselamatan di jalanraya khususnya ketika balik kampung,” kata Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra kepada media selepas melancarkan kempen tersebut di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini pagi tadi.

Antara yang hadir di majlis pelancaran kempen itu ialah Pengarah JKJR Sabah, Ediansha Abd Rahim dan Pegawai Penguatkuasa JPJ Azmi Abd Dait yang mewakili pengarah JPJ.

Sebanyak 50 bag goodies disampaikan kepada para pemandu serta lima buah topi keledar sumbangan JKJR.

Chandra berkata, kempen tersebut juga merupakan kesinambungan kepada kempen Op Selamat yang dilancarkan oleh Ibupejabat Kontinjen Polis Negeri baru-baru ini.

Beliau turut menasihati orang ramai yang bercadang untuk bercuti panjang agar memaklumkan kepada pihak polis.

“Ini bagi memudahkan polis memantau kawasan perumahan yang ditinggalkan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan pembekuan cuti anggota polis mulai 21 Februari hingga 2 Mac.

Terdahulu, Chandra turut menyampaikan 26 sijil penghargaan kepada pegawai dan anggota yang mempamerkan perkhidmatan cemerlang dalam menjalankan tugasan mereka. – Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

GONG XI FATT CHOI.... Pegawai kanan dan anggota IPD Kota Kinabalu serta agensi Jabatan Pengangkutan Jalan dan JKJR mengucapkan 'Gong Xi Fatt Choi' kepada rakyat khususnya kaum Cina.
GONG XI FATT CHOI…. Pegawai kanan dan anggota IPD Kota Kinabalu serta agensi Jabatan Pengangkutan Jalan dan JKJR mengucapkan ‘Gong Xi Fatt Choi’ kepada rakyat khususnya kaum Cina.

Komen


Berita Berkaitan