Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kempen Keselamatan Jalan Raya JKJR diteruskan tahun ini

Ellron Angin mengagih-agihkan topi kaledar kepada penunggang motosikal pada kempen itu. - foto Kalawon Sawing
Ellron Angin mengagih-agihkan topi kaledar kepada penunggang
motosikal pada kempen itu. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Pertambahan kenderaan dari masa ke semasa menjadi salah satu faktor peningkatan kes kemalangan jalan raya dengan bilangan kenderaan yang berdaftar di negeri ini mencecah 1,165,301 juta dengan anggaran seramai 700,329 pemandu sepabagi njang tempoh tahun lalu.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ellron Angin berkata, masalah itu boleh diatasi melalui kempen kesedaraan yang diadakan bersama beberapa agensi penguatkuasaan sebagai usaha meningkatkan kesedaraan pengguna jalan raya.

“Kesedaran orang ramai mengenai tahap keselamatan semasa berada di jalan raya perlu dipertingkatkan secara berterusan dan bukan hanya pada musim perayaan sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Negeri di Kilometer Tiga, Jalan Apin-Apin,Keningau, di sini hari ini.

Menurut Ellron, orang ramai terutama pemandu perlu bertimbang rasa semasa di jalan raya kerana apabila kemalangan berlaku ia bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada individu terbabit tetapi juga kepada pengguna jalan raya yang lain.

Sehubungan itu, Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sook berkata, para pegguna jalan raya juga perlu memberi kerjasama dengan pihak berkuasa dan bukannya melanggar peraturan jalan raya sedia ada.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Sabah, Herdiansah Abdul Karim berkata, kempen tersebut akan dijalankan di seluruh negeri sebagai pendekatan proaktif dalam mengekalkan momentum kesedaran mengenai kepentingan megamalkan budaya selamat ketika berada di jalan raya.

Beliau berkata, sekiranya tiada pendekatan pencegahan melalui kempen kesedaran keselamatan jalan raya yang berteraskan pendidikan di samping penguatkuasaan secara berterusan dilaksanakan oleh agensi-agensi yang bertanggungjawab, JKJR bimbang kes kemalangan jalan raya terus meningkat. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan