Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kempen keselamatan jalan raya bantu elak kes kemalangan

awangq

TAWAU – Pelaksanaan kempen keselamatan jalan raya sempena musim perayaan dapat membantu memberi kesedaran kepada masyarakat agar lebih fokus dalam semua aspek keselamatan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, masyarakat akan lebih peka berkaitan keselamatan ketika berada jalan raya bagi mengelak menjadi mangsa jenayah sewaktu meninggalkan rumah.

“Sehubungan itu, dengan adanya kempen keselamatan jalan raya, ia bukan sahaja memberi kesedaran kepada orang awam, tetapi juga dapat mengurangkan kadar kemalangan dan menurunkan kes jenayah,” katanya ketika berucap merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Tahun Baru Cina peringkat daerah di kawasan Fujimart, Sin Onn di sini hari ini.

Dalam pada itu, Awang Besar turut mengingatkan masyarakat agar tidak sambil lewa dalam memastikan aspek keselamatan diri dan rumah berada dalam keadaan terbaik sepanjang musim perayaan ini.

“Pastikan kenderaan diselenggara dengan baik sebelum memulakan perjalanan dan  keadaan rumah yang ditinggalkan adalah selamat supaya tidak menjadi tumpuan penjenayah pecah rumah,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau juga menasihati orang awam agar tidak memberi maklumat salah kepada pihak polis dan bertindak menyebarkannya kepada orang lain kerana tindakan itu boleh menyebabkan kekeliruan pihak berkuasa dan masyarakat dalam menangani kes jenayah. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan