Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,761

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kempen Kesedaran Kanser Payudara Peringkat Tawau 2015

5:54pm 18/11/2015 Ann Vivien 36 views Isu Semasa,Tempatan

 

R. Azman Ibrahim (dua dari kiri) menunjukkan bahan promosi kempen semasa sidang media tersebut.

R. Azman Ibrahim (dua dari kiri) menunjukkan bahan promosi kempen semasa sidang media tersebut.

TAWAU: Jabatan Pembedahan Hospital Tawau dengan kerjasama Unit Promosi Kesihatan Hospital Tawau bakal mengadakan Kempen Kesedaran Kanser Payudara Peringkat daerah di Dewan Masyarakat Tawau pada 21 November ini (Sabtu).

Timbalan Pengarah Hospital Tawau, Dr. Azman Ibrahim menjemput orang ramai, khususnya wanita agar hadir pada acara tersebut bagi menjalani saringan dan konsultasi percuma untuk kanser payu dara.

“Selain itu, kita menyediakan pelbagai acara menarik lain seperti ceramah oleh pakar bedah payudara dan endoktrin dan pakar radiologi, perkongsian pengalaman oleh bekas pesakit kanser payudara, zumba, cabutan tiket bertuah dan pameran,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, acara akan bermula jam 8 pagi sehingga 1 petang dan menggesa orang ramai hadir menyokong program bermanfaat tersebut di samping mendapat manfaat daripada penganjuran kali ketiga tersebut.

Acara itu, katanya, dilaksanakan dengan kerjasama Parlimen P.190 Tawau, Kelab Rotari Tawau dan Persatuan Hospis Tawau.-Alanna Adam/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan