Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,795

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kempen Kesedaran Derma Darah dan Talasemia melalui Persatuan Talasemia 3 Disember ini

5:46pm 01/12/2016 Leolerry Lajius 46 views Tempatan
Pelajar akhir Perhubungan Awam UiTM.-PENERANGAN

Pelajar akhir Perhubungan Awam UiTM.-PENERANGAN

KOTA KINABALU: Kempen Kesedaran Derma Darah dan Talasemia melalui Persatuan Talasemia Sabah (STS) menyasarkan pengumpulan sebanyak 200 unit darah bagi membantu pesakit talasemia di negeri ini.

 

Program kerjasama dengan para pelajar tahun akhir Jurusan Komunikasi Massa (Perhubungan Awam), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam itu akan diadakan pada 3 Disember ini di Rumah Persatuan Pandu Puteri, Jalan Tuaran.

Francis Mujim

Francis Mujim

Presiden Talasemia Sabah, Francis Mujim meluahkan rasa gembiranya kerana melalui kempen ini diharapkan sedikit sebanyak dapat menampung keperluan darah di Sabah yang masih kekurangan sebanyak 20 peratus.

“Kempen seumpama ini dapat membantu memberi kesedaran kepada masyarakat Sabah bahawa menderma darah adalah tanggungjawab sosial yang perlu digalas oleh setiap individu.

Ini perlu bagi membantu pesakit talasemia major di Sabah yang merupakan negeri tertinggi dengan jumlah penghidap penyakit genetik ini,”tambahnya.

Sementara itu, Cheryl Suminundu William Majinbon berkata objektif utama program adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat di Sabah tentang kepentingan menderma darah dan penyakit talasemia selain membantu meningkatkan bekalan darah melalui aktiviti menderma darah.

 

“Melalui kempen kesedaran semoga dapat membantu pesakit talasemia di negeri ini yang biasanya memerlukan bekalan darah yang banyak dalam rawatan transfusi mereka,”jelas beliau.

 

Dalam pada itu, selain mendapatkan bekalan darah sebanyak 200 unit, program ini turut mencadangkan supaya sebuah mercu tanda penanda aras tabung darah dibina di Kota Kinabalu agar masyarakat prihatin tentang jumlah bekalan darah yang ada di sesebuah hospital.

 

Program ini juga mendapat kerjasama daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Kementerian Kesihatan, Persatuan Pandu Puteri serta beberapa buah badan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

 

Program penutupan dijangka akan dirasmikan oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr. Joachim Gunsalam./-Penerangan

Cheryl Suminundu William Majinbon.

Cheryl Suminundu William Majinbon.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan