Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,690

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kempen keep smiling di Ladang Perkayuan Brumas

4:47pm 26/11/2015 Ann Vivien 29 views Isu Semasa,Tempatan
Seorang kanak-kanak sedang menjalani pemeriksaan gigi pada kempen kesihatan pergigian bertemakan keep smiling di Ladang Perkayuan Brumas.

Seorang kanak-kanak sedang menjalani pemeriksaan gigi pada kempen kesihatan pergigian bertemakan keep smiling di Ladang Perkayuan Brumas.

TAWAU: Dianggarkan seramai 150 orang menyertai kempen kesihatan pergigian bertemakan ‘Keep Smiling’ anjuran syarikat Sabah Softwoods Berhad (SSB) dengan kerjasama Klinik Pergigian Tawau di Ladang Perkayuan Brumas, baru-baru ini.

SSB dalam kenyataan kepada media hari ini memberitahu program tersebut merupakan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat pihaknya dengan harapan dapat mengadakannya sekali setahun bagi memberi kesedaran tentang kepentingan penjagaan gigi dikalangan kakitangan SSB dan keluarga.

Objektif utama kempen adalah untuk mempromosikan penjagaan kesihatan mulut dan  menanamkan tabiat membersihkan gigi sebagai satu amalan rutin penjagaan kesihatan mulut di kalangan kanak-kanak, selain mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan menghargai kesihatan gigi.

Kempen berkenaan bermula jam 8 pagi sehingga 1.00 petang yang menyaksikan pelbagai aktiviti dijalankan seperti pameran pergigian, ceramah kanser mulut yang disampaikan oleh Dr. Ernih Mohd Aripe dan juga cabutan gigi bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

Aktiviti membersihkan gigi beramai-ramai bagi kanak-kanak turut diadakan pada hari tersebut dan pihak kilink pergigian membekalkan ubat gigi secara percuma bagi aktiviti itu.-Alanna Adam/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan