Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kempen boikot perniagaan kaum tidak boleh diterima

ismail-sabri-barangKOTA KINABALU: Kempen kitaran boikot perniagaan di antara kaum tidak dapat diterima di Malaysia kerana ia hanya akan mengakibatkan kejatuhan ekonomi yang teruk terhadap negara.

Borneo Post Online melaporkan Pembantu Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Herbert Lagadan sebagai berkata, sekiranya kitaran itu berlaku maka negara sedang menuju ke arah peperangan dan kemusnahan ekonomi.

Herbert berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Ismail Sabri Yaakob (gambar) yang dilaporkan meminta pengguna Melayu untuk memboikot perniagaan Cina yang mengenakan harga tinggi terhadap produk jualan mereka.

Herbert berpendapat bahawa gesaan yang dibuat oleh Ismail  adalah tidak perlu kerana hanya akan menimbulkan perasaan benci di antara satu sama lain.

“Adakah peniaga kaum Cina saja yang menaikkan harga sewenang-wenangnya? Bukankah peniaga India, Melayu dan kaum-kaum lain juga sama-sama bersalah menaikkan harga sewenang-wenangnya?” lapor Borneo Post Online, hari ini.

“Mengapa hanya peniaga Cina? Semua peniaga tanpa mengira kaum perlu ditangani mengikut undang-undang yang berkaitan di negara ini,” katanya sambil menambah, pemimpin politik perlu bertanggungjawab dan prihatin terhadap apa yang mereka katakana.

Herbert berkata, amalan memohon maaf tidak harus menjadi suatu yang jarang berlaku bagi memperbetulkan sesuatu keadaan demi perpaduan rakyat berbilang kaum  di negara yang tercinta ini.

Pada Ahad lepas, Ismail Sabri melalui laman social Facebook meminta pengguna Melayu untuk memboikot perniagaan Cina yang sengaja mengekalkan harga tinggi terhadap produk jualan mereka.

“Majoriti pengguna adalah orang Melayu, Cina adalah minoriti. Jika orang Melayu memboikot perniagaan mereka, sudah pasti mereka tiada pilihan lain kecuali terpaksa menurunkan harga barangan mereka,” katanya.

Kenyataan tersebut bagaimanapun telah dipadam daripada Facebook. – SAYANGSABAH

Komen


Berita Berkaitan