Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kemiskinan meningkat

gambar hiasan
gambar hiasan

Jakarta: Jumlah penduduk Indonesia yang hidup dalam kemiskinan terus meningkat sejak September lalu akibat kelemahan pertumbuhan ekonomi, menurut data yang dikeluarkan Agensi Statistik Pusat semalam.

Lebih 28.5 juta penduduk atau 11.1 peratus populasi Indonesia memperoleh pendapatan yang dianggap di bawah garis kemiskinan iaitu 344,809 rupiah (RM108) sebulan.

Jumlah itu meningkat daripada 27.7 juta penduduk atau 10.9 peratus populasi pada 2014.

Bagaimanapun, ia menunjukkan penurunan daripada 28.6 juta penduduk yang dicatatkan pada Mac 2015.

Agensi statistik itu melakukan kajian dua kali setahun, pada Mac dan September.

Maluku dan Papua masih kekal sebagai wilayah termiskin dengan 22 peratus populasi hidup di bawah garis kemiskinan.

Dalam pada itu, hanya 6.45 peratus penduduk di Kalimantan kini tergolong dalam kumpulan berpendapatan rendah.

Ekonomi Indonesia berkembang sebanyak 4.7 peratus tahun lalu, pertumbuhan paling lemah sejak 2009.

Pendapatan negara itu berdepan dengan tekanan akibat daripada kejatuhan tuntutan global terhadap komoditi, sumber utama pendapatan bagi kebanyakan pekerja berpendapatan rendah Indonesia. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan