Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kemiskinan bukan penghalang mencapai kecemerlangan

10:53am 20/11/2015 Ann Vivien 21 views Pendidikan,Tempatan
Samsudin menyampaikan sumbangan zakat kepada murid kurang berkemampuan di SK Lung Manis, Sandakan

Samsudin menyampaikan sumbangan zakat kepada murid kurang berkemampuan di SK Lung Manis, Sandakan

SANDAKAN: Kemiskinan bukan halangan untuk menikmati kemudahan pendidikan yang sempurna, seterusnya mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

Ahli Dewan Undangan Negeri  Sekong, Datuk Samsudin Yahya berkata kemiskinan perlu dilihat sebagai cabaran mesti dipecah untuk mengubahkan corak kehidupan masa depan anak-anak.

“Ibu bapa harus sedar mengenai pentingnya pendidikan anak bukan saja untuk masa depan mereka, malah negara ini. Justeru, sebagai ibu bapa kita harus berkorban segala-galanya termasuk harta benda. Hanya melalui pendidikan sempurna anak-anak akan dapat membawa ibu bapa keluar dari kepompong kemiskinan,” katanya.

Tambah beliau ibu bapa wajar menjadikan pendidikan sebagai agenda utama keluarga kerama hanya pendidikan akan berupaya mengubah nasib seseorang dan sesebuah keluarga.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat, Daripada Pusat Zakat Sabah kepada murid-murid kurang kemampuan di Sekolah Kebangsaan Lung Manis, Sandakan.

Samsudin yang juga Ketua UMNO bahagian Batu Sapi menggesa semua Ketua Kampung, Pengerusi JKKK dan Ketua-ketua UMNO cawangan supaya bergerak aktif mengenalpasti keluarga yang dikategorikan sebagai miskin tegar.

Jelasnya, ia bertujuan memastikan semua masyarakat terutamanya di luar bandar dan kepulauan mendapat pembelaan yang berterusan tanpa mengira kaum mahupun fahaman politik.

“Kita perlu sedar bahawa golongan seperti ini memerlukan pembelaan yang sewajarnya. Masyarakat tidak seharusnya mengamalkan tunggu dan lihat tetapi bergerak aktif mencari golongan miskin.

“Pada masa yang sama, kita mahu supaya mereka yang menerima bantuan menjadikan ia sebagai satu pembakar semangat bagi mengeluarkan diri daripada kepompong kemiskinan,” katanya.

Hadir sama,Zantapha Zainal Abidin, PPM Sekong, Hussin Nasib, Ketua Penerangan, Staf UPPM Sekong, dan Ajk Bahagian UMNO. – Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan