Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kemerdekaan tidak bermakna jika rakyat tidak bersatu

TAWAU: Nikmat kemerdekaan yang dikecapi selama ini tidak bermakna sekiranya rakyat tidak bersatu padu dalam membentuk kerajaan yang kukuh.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Keamjuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berkata, rakyat perlu mencontohi formula negara maju yang sentiasa memastikan kerajaan teguh dan kuat.

Beliau berkata, sebagai sebuah negara majmuk, Malaysia amat memerlukan kerajaan yang kukuh dan rakyat perlu memainkan peranan untuk membentuk asas negara dan jika generasi kini memahami perjuangan para pejuang kemerdekaan terdahulu, pasti mereka tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pihak yang tidak bertanggungjawab.

 

“Sekarang, ada saja pihak yang sengaja menimbulkan isu perkauman untuk menjadi hero dan senario itu tidak mendatangkan kebaikan kepada rakyat.”

“Melalui nikmat kemerdekaan, rakyat di negeri ini hidup lebih selesa, harmoni dan makmur serta bertolak ansur dalam menjalin hubungan sekali gus mengukuhkan perpaduan kaum. Perpaduan adalah suatu nikmat yang amat berharga  dan tidak  ternilai harganya.  Ia perlu dibelai, dipupuk dan dipelihara dalam diri kita semua agar kemerdekaan dapat dipertahankan,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Jiwa Merdeka anjuran Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N. 59 Tanjong Batu dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Parlimen Kalabakan di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Tanjong Batu, Tawau.

Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu berkata, sebagai generasi muda, para pelajar juga perlu insaf   bahawa dalam ledakan era globalisasi ini, mereka perlu mempunyai ketahanan mental bagi  menghadapi cabaran yang membabitkan penjajahan minda oleh pengaruh asing.

Jelasnya semua pelajar perlu melengkapkan diri dengan semangat patriotisme yang tinggi agar menjadi lebih kompetitif dan dinamik.

Hamisa turut mengingatkan, semua pihak perlu mempertahankan serta mengekalkan kedaulatan negara dari sebarang bentuk penjajahan baharu.

“Sebagai rakyat di negeri ini, semua pihak berpe­ranan untuk terus memastikan negara kekal merdeka sama ada dari segi mental mahupun fizikal,”katanya.

Sebanyak empat buah tadika Kemas menyertai program ini. Antara tadika yang terlibat Tadika Kemas Kg. Tanjong Batu Darat, Tadika Kemas Kg. Tanjong Batu Darat, Jalan Kukusan, Tadika Kemas Kg. Tanjong Batu Tengah dan Tadika Kemas Kg. Tanjong Batu Keramat.

Program berkenaan turut dimeriahkan dengan pertandingan memasak kuih dan sayur-sayuran berasaskan ubi dan pisang, taklimat dan demontrasi Pencegahan kebakaran daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat cawangan Tawau dan pertandingan mewarna kanak-kanak untuk 4 – 6 tahun./SayangSabah

 

Ceria...Hamsia bersama kank-kanak Tadika Kemas.
Ceria…Hamsia bersama kank-kanak Tadika Kemas.

Komen


Berita Berkaitan