Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA BINCANG DUA AKTA UNTUK DIKEMBANGKAN KE SABAH: KULASEGARAN

M. Kulasegaran (kiri) berbincang dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada sesi kunjungan hormat pada Selasa. Gambar SNT/Ehsan Penerangan Sabah

KOTA KINABALU: Dua akta di bawah Kementerian Sumber Manusia memerlukan kerjasama dan keputusan dari kerajaan negeri untuk dipinda selaras dengan pemeteraian Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran berkata, keputusan dari Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk meluluskan pindaaan akta berkenaan membolehkan kementeriannya meneruskan hala tuju dasar kerajaan selaras dengan obligasi CPTPP.

“Akta berkenaan adalah Akta Standard-Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 serta AKta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan)1966.

M. Kulasegaran menyampaikan cenderahati kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (kanan). Gambar SNT/Ehsan Penerangan Sabah

“Dalam pertemuan ini juga membincangkan berkenaan Rang Undang-Undang (RUU) Perumahan dan Penginapan Pekerja bagi menggantikan Akta Standard-Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

“Akta baru ini akan meliputi semua sektor kecuali sektor perladangan dan perlombongan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat kunjungan hormat kepada Shafie di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah hari ini.

Jelasnya, Akta 446 berkenaan pada masa kini hanya terpakai di Semenanjung Malaysia sahaja dan selaras dengan SPTPP tersebut.

Tambahnya, Akta berkenaan perlu dikuatkuasa di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Selain itu, M. Kulasegaran berkata, kementeriannya turut akan meminda enam lagi akta selain dua akta yang dibincangkan dengan Ketua Menteri Sabah.

“Setakat ini, hanya satu akta iaitu Akta Pekerjaan Swasta (APS) 1981 telah dipinda pada tahun lalu dan dikuatkuasakan pada Februari lalu.

“Sebanyak lapan akta diperingkat persekutuan yang berada di bawah kementerian ini perlu diubah suai atau dikemaskini bagi memastikan perkara itu lebih relevan dan bersesuaian dengan keadaan semasa,” jelasnya. -SabahNewsToday

 

Komen


Berita Berkaitan