Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kementerian Sumber Manusia Belanja RM26.5 Juta Bantu OKU Berniaga

usahawan oku

MARAN — Kementerian Sumber Manusia memberi pelbagai bantuan berupa geran, kewangan dan peralatan perniagaan kepada 343 Orang Kurang Upaya (OKU) membabitkan peruntukan lebih RM26.5 juta di seluruh negara sejak 2011 hingga kini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Muttalib berkata geran yang diberikan di bawah Skim Bantuan Galakan Perniagaan (SBGP) itu bagi membolehkan golongan terbabit menjalankan perniagaan menambah sumber pendapatan dan keluarga.

Katanya, sebahagian besar kumpulan itu mendapat latihan kemahiran pelbagai bidang di pusat latihan anjuran kementerian di seluruh negara.

“Mereka menjalankan perniagaan dalam pelbagai bidang dengan sebanyak 287 OKU turut diambil bekerja oleh mereka yang mendapat bantuan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Derma Siswa Bakti 2014 kepada 10 pelajar terpilih di Parlimen Maran di sini pada Selasa.

Ismail yang juga anggota Parlimen Maran berkata sehingga ini 471,314 OKU mohon untuk didaftarkan dengan Kementerian Sumber Manusia, dan hingga kini 287,269 OKU didaftarkan dalam talian.

Sehubungan itu beliau menggesa OKU mendaftar dengan kementerian untuk membolehkan mereka diberi bantuan bagi jaminan masa depan.

Mengenai sumbangan derma siswa bakti itu beliau berkata, sumbangan itu sebagai galakan kepada pelajar untuk maju dalam pendidikan.

“Pelajar perlu mempunyai pengalaman serta berilmu tinggi kerana mereka bakal menjadi pelapis kepimpinan negara di masa akan datang.

“Pemimpin negara yang tidak berpengalaman dan berilmu hanya akan menjadikan negara huru-hara dan masalah,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan