Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,734

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kementerian pelancongan komited sokong STA jayakan program di Wisma Merdeka

2:33pm 12/12/2015 Dewiana Tinggolongon 13 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Datuk Masidi Manjun

Datuk Masidi Manjun

KOTA KINABALU- Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah memberi sokongan penuh kepada Pertubuhan Pelancongan Sabah (STA) bagi menjayakan program Jualan hujung Tahun  di  Wisma Merdeka 1Malaysia.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun berkatainisiatif itu adalah baik untuk mempromosikan tarikan pusat beli-belah di Sabah kepada pelancong asing.

“Ia juga memberi pulangan lumayan kepada penjual tempatan dan meningkatka sumber pendapatan negara melalui perniagaan,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Pang Yuk Ming Sempena melancarkan Amazing Quest di Wisma Merdeka di sini hari ini (Sabtu).

Menurut beliau, program yang diadakan pada hari ini itu adalah satu program yang mengujakan di mana ia berkonsepkan mencari harta karun.

“Dengan bertemakan keluarga program itu bukan sahaja memberi keseronokan tetapi ia juga menguatkan ikatan kekeluargaan,” ujarnya lagi.

Jelas beliau dalam program berkenaanmemerlukan dua orang dewasa bersama dua kanak-kanak yang saling berkerjasama sebagai satu kumpulan untuk menyelesaikan permainan untuk mengumpul ‘point’ yang akan menentukan kemenangan.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan