Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,814

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

kementerian pelancongan komited kenalpasti dan promosi tarikan pelancong di Moyog

12:22pm 26/11/2015 Dewiana Tinggolongon 38 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
n27_sKOTA KINABALU- Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui Lembaga Pelancongan Sabah komited mengenalpasti produk-produk baharu pelancongan dan mempromosikan dua produk pelancngan baharu di kawasan Moyong.
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Kamarlin Ombi berkata dua produk yang dipromosikan termasuk Teater muzikal “Sininggazanak di JBorneo Native Village” dan Tagal Tinopikon di kampung Notorus Babagon.
“Selaras dengan usaha Kerajaan untuk menjadikan Sabah sebagai destinasi pelancongan yang unggul serta mempelbagaikan produk pelancongan negeri, kementerian saya sentiasa berusaha menggalakkan pembangunan produk dan kemudahan pelancongan di seluruh Sabah,” katanya dalam sidang di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini (Khamis).
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Terrence Siambun (PKR-Moyog) yang bertanyakan mengenai usaha yang dilakukan oleh kementerian pelancongan untuk menjadikan Moyog sebagai pusat tumpuan pelancong memandangkan terdapat banyak tempat yang berpotensi untuk dimajukan .
Kamarlin berkata, kementeriannya juga giat mempromosikan tempat-tempat yang dikenalpasti sebagai tarikan pelancong di kawasan Moyog.
Antara produk pelancongan yang giat dipromosikan di kawasan berkenaan termasuklah Sub-Station Inobong dan Sub-Station Gunung Alab di Taman Banjaran Crocker, Laluan Garam atau ‘Salt Trail’ yang meliputi perjalanan dari kawasan Sub-Station Inobong Penampang ke Tambunan.
Selain itu, Taman Hidupan Liar Lok Kawi juga giat dipromosikan bersama gereja tertua iaitu St.Micheal’s Church di Penampang yang mula dibina pada tahun 1886 oleh Mill Hill Missionaries dan siap pada tahun 1947.
Tambahnya, Tamu Donggongon dan Taman Kupu-kupu Kipandi juga menjadi fokus dalam langkah mempromosikan kawasan berkenaan.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan