Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kementerian Pelancongan Bantu Pulih Kerosakan Di Gunung Kinabalu

gunung1

KUNDASANG : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan membantu Taman Kinabalu memulihkan laluan pendakian dan kemudahan di Gunung Kinabalu, kata menterinya Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata peruntukan yang diperlukan akan disalurkan untuk membaik pulih semua laluan pendakian dan kemudahan lain yang ada di Gunung Kinabalu.

“Hari ini saya telah mendengar taklimat dan meninjau proses memulihkan laluan pendakian ke Gunung Kinabalu.

“Kita bersetuju membantu terutamanya dari segi peruntukan yang telah diutarakan Taman Kinabalu untuk membaik pulih laluan serta kemudahan di situ,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai perkara itu di sini, Sabtu.

Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter yang melanda Ranau pada Jun tahun lepas mengakibatkan beberapa laluan pendakian dan kemudahan di Gunung Kinabalu rosak teruk.

Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata usaha membaik pulih kemudahan dan laluan pendakian ke Gunung Kinabalu sangat penting untuk menarik lebih ramai pengunjung ke situ.

“Selain itu, kita bersetuju dengan cadangan Taman Kinabalu untuk menambah tempat penginapan di Layang Layang. Jadi kita akan usahakan untuk mendapatkan peruntukan di bawah kementerian saya,” katanya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan