Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KEMENTERIAN PELANCONGAN ALU-ALUKAN CADANGAN PROMOSI BUDAYA SABAH MELALUI KESENIAN

Jurey (tujuh kanan) bergambar bersama antara barisan pelakon Tangisan Akinabalu. -Gambar SNT/Alfred Petrus

 

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengalu-alukan sebarang cadangan untuk mempromosikan adat budaya Sabah sama ada dalam bentuk penerbitan filem, drama, teater, nyanyian dan lain-lain lagi kesenian demi menyemarakan perkembangan industri seni dan budaya di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Mohamaddin Ketapi berkata, Sabah adalah negeri yang indah dan mempunyai keunikan adat serta budaya masyarakat yang harus dipromosikan di dalam filem agar dapat diketahui oleh masyarakat dalam dan luar negara.

“Saya berharap kisah-kisah masyarakat Sabah yang unik dan istimewa seperti ini akan terus diangkat ke layar perak yang diolah dengan menarik agar Sabah lebih terkenal di peringkat antarabangsa.

“Saya ada berbincang dengan Pengarah dan Penerbit Filem Tangisan Akinabalu Datuk Jurey Latiff Rosli agar diberikan kebenaran kepada kementerian saya bagi menayangkannya dalam program mempromosikan Malaysia ke peringkat antarabangsa.

“Filem adalah antara yang paling sesuai untuk dijadikan saluran promosi lokasi menarik, adat dan budaya unik masyarakat Sabah untuk tatapan masyarakat,” katanya ketika berucap merasmikan majlis Tayangan Perdana filem Tangisan Akinabalu di sini pada Khamis.

Beliau difahamkan filem Tangisan Akinabalu tersebut membawa kisah yang cukup bersejarah bagi Sabah khususnya dengan mengisahkan detik-detik cemas gempa bumi yang berukuran 6.0 skala richter yang berlaku pada 5 jun 2015 berpusat di Gunung Kinabalu yang lalu.

Sementara itu, Jurey berkata, idea pembikinan jalan cerita berlatarkan insiden gempa bumi di Gunung Kinabalu itu tercetus pada hari kejadian ketika hari pertama beliau melaporkan diri sebagai pensyarah di Sabah Animation Centre Kota Kinabalu.

Jurey merasakan gegaran ketika berada di dalam kondominiumnya akibat gemba bumi berkenaan yang menjadi satu berita besar kepada negara dan seluruh dunia.

“Jadi, apabila gempa bumi itu berlaku, saya fikir dengan liputan antarabangsa, maka kena buat satu filem yang memaparkan kejadian gempa itu bagi berkongsi kepada keseluruhan rakyat Malaysia dan saya memberi tajuk Tangisan Akinabalu.

“Dengan kos sejumlah RM2.2 juta ini, saya berhasrat untuk menjadikan dia sebuah filem 100 peratus dibintangi oleh anak jati Sabah agar bahasa dan penghayatan itu wujud dan sesuai dengan penjiwaan masyarakat itu sendiri.

“Walaupun ia adalah satu cabaran, tetapi saya harus hadapi dan terbukti bahawa filem Tangisan Akinabalu ini tidak akan mengecewakan kepada orang Sabah dan juga rakyat Malaysia keseluruhannya,” katanya. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan