Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kementerian Kewangan rangka langkah laksana untuk tambah usahawan tempatan

DSC02756

PUTRAJAYA: Pasukan khas Kementerian Kewangan kini mengenal pasti langkah-langkah pelaksanaan sebagai usaha untuk meningkatkan jumlah usahawan di Malaysia, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Mesyuarat pasukan khas itu yang terdiri daripada wakil kerajaan, akademik, swasta dan bukan kerajaan berlangsung di sini kelmarin.

“Banyak pendapat dan idea diluahkan anggota pasukan. Setelah langkah pelaksanaan itu siap, ia akan diserahkan untuk pertimbangan kerajaan untuk dimasukkan dalam peruntukan Bajet 2015,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pasukan khas itu.

Malaysia mempunyai 660,000 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sehingga kini, bagaimanapun 70 peratus daripadanya adalah PKS mikro, iaitu syarikat yang mempunyai kurang daripada lima pekerja.

Ahmad berkata kementerian mahu meningkatkan jumlah sumbangan usahawan PKS tempatan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 33 peratus sekarang kepada 41 peratus pada masa depan sejajar dengan sasaran Malaysia mencapai status berpendapatan tinggi.

“Untuk mencapai status negara maju, Malaysia memerlukan lebih ramai usahawan yang berskala besar yang mampu menyumbang kepada ekonomi negara termasuk sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar,” katanya.

Ahmad berkata satu tinjauan mengenai keusahawanan di Asia Tenggara oleh penyelidik antarabangsa pada tahun lepas mendapati hanya 41 peratus daripada responden Malaysia yang berumur dari 18 hingga 64 tahun memilih keusahawanan sebagai pilihan kerjaya mereka.

Jumlah itu rendah jika dibandingkan dengan Indonesia yang 70 peratus responden memilih keusahawanan sebagai kerjaya pilihan, Filipina (84 peratus), Singapura (50 peratus), Thailand (74 peratus) dan Vietnam (81 peratus), katanya.

“Keusahawanan harus diserapkan sebagai satu subjek di sekolah rendah dan menengah sebab bukan semua lepasan sekolah akan ke institusi pengajian tinggi. Akhirnya mereka akan bekerja makan gaji dengan berpendapatan rendah, berbeza dengan bekerja sendiri yang mampu memperoleh pendapatan lumayan,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan