Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kementerian Kesihatan Rampas Ubat-ubatan Bernilai RM12.4 Juta Di KLIA

rampasubat

KUALA LUMPUR: Cawangan Penguat kuasa Farmasi Selangor dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan merampas 181 jenis ubat-ubatan bernilai RM12.4 juta dalam serbuan di sebuah gudang penyimpanan di Hab Antarabangsa Kawasan Perdagangan Bebas, KLIA, Sepang, bulan lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata serbuan pada 6 Jun lalu dijalankan selepas gudang itu didapati mengendalikan ubat-ubatan perangsang seks tidak berdaftar dan ubat-ubatan preskripsi untuk pasaran antarabangsa.

Kebanyakan yang dirampas adalah ubat generik bagi rawatan mati pucuk, seperti sildenafil, tadalafil, dan juga ubat lain seperti ubat generik untuk darah tinggi, antikolestrol dan antibiotik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya pengedaran ubat-ubatan itu didalangi sindiket yang membabitkan syarikat-syarikat yang beroperasi di India, Singapura dan Malaysia.

Pesanan pelanggan dibuat secara online dengan domain yang berpusat di London. Ubat-ubatan ini dihantar oleh pengilang di India melalui pesanan sebuah syarikat di Singapura dan maklumat pelanggan serta alamat hantaran, kebanyakan di Amerika Syarikat dihantar oleh syarikat di India kepada ejen di Malaysia melalui e-mel, katanya.

Gudang yang diserbu di Malaysia bertindak sebagai hab penyimpanan dan pembungkusan ubat-ubatan sebelum ia dihantar kepada pelanggan di Amerika Syarikat melalui pos bungkusan yang diikrarkan sebagai ‘Health Supplement’, katanya.

Dr Noor Hisham berkata, sindiket itu beroperasi di Malaysia sejak pertengahan Mac tahun ini dengan bilangan bungkusan yang dihantar melebihi 1,000 bungkusan sehari.

Beliau berkata, syarikat yang beroperasi di Malaysia menyediakan pekerja yang terlatih untuk memberikan perkhidmatan menyemak e-mel, memilih, melabel ubat dan membuat tugas-tugas pembungkusan dan penghantaran.

Dr Noor Hisham berkata, ubat-ubatan yang dirampas bukan sahaja melanggar Akta Racun 1952, Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, tetapi juga melanggar Akta Hak Cipta 1987 kerana beberapa ubat-ubatan untuk rawatan mati pucuk masih berpaten.

“Siasatan lanjut akan dijalankan dan orang perseorangan dan syarikat yang didapati bersalah akan dituduh di mahkamah,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan